Thursday, November 1, 2012

wAwa's bAkEry-only for today σ(^_^;)

Hari ni hari mengidam roti sedunia..hihi..mengidam punya pasai terpaksalah wat projek 'meroti'.
Dok godek2 cookpad (website resepi paling femes kat jepun) nak cari resepi roti guna shiokoji (塩麹).
Mesti ramai tertanya2 ape kebenda la shiokouji ni kan?!
Shiokoji ni sejenis condiment yang diperbuat daripada beras + garam + air yang kemudiannya diperap. Boleh digunakan dalam semua jenis masakan. Shiokoji ni kaya dengan vitamin (B1, B2, B6, Biothin etc) yang boleh mengembalikan tenaga dan meningkatkan kadar metabolisma badan kita.
Selain itu, enzim di dalam shiokoji ni boleh menguraikan kanji dan protin yang menyebabkan daging yang kita masak menjadi lembut.

So kalau buat roti pun mesti lembut je roti tu..
Berbalik pada mencari resepi tadi..godek punya godek terjumpa resepi kat SINI.
Resepi ni tak letak pun shiokoji tapi wawa tambah sendiri gantikan bahagian garam.
Dan yang bestnye resepi ni pun guna microwave untuk kembangkan adunan roti tu macam resepi donut yang wawa pernah post sebelum ni.

Wawa translatekan resepinye k..

Roti Shiokoji ( Boleh guna adunan ni utk pizza, donut, pau juga)
Bahan2 :
150g tepung roti + 50g pancake mix or 160g tepung roti + 50g tepung gandum
120g susu segar atau air
15g butter atau minyak masak atau olive oil
3g dry yeast
4g shiokoji
10g gula


optional : telur untuk sapu atas roti

Cara2 :
1. Panaskan susu, butter dan gula dalam microwave ( 1000W, 30s)
2. Masukkan yeast dan kacau.
3. Masukkan bahan2 lain dan kacau guna spatula hingga doh jadi 1 ketulan. ( jangan over kacau)
4. Pindahkan dohke dalam plasik berzip ( ziplock) dan uli selama 5 minit dan kemudian bentukkan bulat.
5. Panaskan dalam microwave lagi (200W, 40s) . Uli lagi seminit dan tutupkan zip plastik. Biar selama 15-20 minit agar doh naik 1.5x ganda.
6. Bila doh dah naik, tekan sikit guna spatula untuk buang angin. Bahagikan adunan dan bentuk ikut suka.
7. Panaskan doh yang siap dibentuk dalam microwave ( 200W, 40s). Biarkan selama 10 minit.
8. Panaskan oven (180degreeC) dan letakkan dulang pembakar berisi roti di atas oven.Biarkan doh naik lagi selama 5-10 minit.
9. Sapu telur atas permukaan roti dan bakar selama 12-15 minit hingga kuning keemasan.

Roti ni mmg senang buat. terutama bagi yang xde bm..mmg senang takyah tunggu lama untuk naikkan doh.kalau xde shiokoji pn boleh guna resepi ni juga. just gantikan shiokoji tu dengan garam dan kurangkan skit kandungan garam tu.

So inilah hasil projek wawa arini..
puas dapat makan pelbagai jenis roti.
donut pn wawa guna doh yg sama.
cuma melon bread tu je wawa guna instant mix yang jual kat sini.

so sesapa yg rajin tu tryla wat roti ni..
mmg gebus wpun dah sejuk..
ok gud nite sume!!!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment