Terbaca artikel ni kat utusan on9.....
LAZIMNYA, berkeluarga, mengandung dan beranak adalah perjalanan hidup yang perlu dilalui oleh seorang wanita.
Namun hakikatnya tidak semudah itu. Ramai wanita yang berdepan cabaran untuk mendapatkan cahaya mata pertama, malahan tidak kurang yang mencuba bertahun-tahun lamanya tetapi masih gagal memperoleh hasil yang diharapkan.
Malangnya tidak kira di negara maju atau membangun, isu kesuburan masih menjadi topik perbincangan yang cuba dielakkan sama ada oleh lelaki mahupun wanita.
Wanita yang sukar mendapat anak sering kali berasa tidak selesa untuk berkongsi masalah itu dengan doktor malahan dengan pasangan hidup mereka.
Merumitkan keadaan, terdapat doktor keluarga pula yang berasa segan untuk memulakan perbincangan mengenai isu kesuburan kerana melihat ia lebih bersifat peribadi.
''Ramai wanita yang mengalami masalah kesuburan cuba mengelak daripada berbincang mengenainya, tidak kurang yang enggan mendapatkan rawatan profesional. Ini kerana mereka takut sekiranya doktor mengesahkan mereka tidak subur dan tidak boleh dirawat. Justeru wanita sering memikul beban psikologi seperti ini dan enggan berjumpa doktor," kata Pengurus Besar Kesihatan Wanita, syarikat farmaseutikal Merck & Co. Inc. (Merck), Terrie Curran.
Menurut Curran, kajian antarabangsa melibatkan wanita daripada pelbagai latar budaya menunjukkan ramai yang mengalami kesukaran mendapatkan anak lebih cenderung untuk terus mencuba daripada berjumpa doktor.
''Wanita ini akan terus mencuba untuk hamil dan mengharapkan sesuatu 'keajaiban' akan berlaku, mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka hanya akan menyukarkan keadaan. Ini kerana tahap kesuburan mereka akan merosot setahun demi setahun," katanya sambil memberitahu tahap kesuburan wanita menjunam mendadak sebaik sahaja mereka melepasi umur 35 tahun.
Tambahnya, wanita yang mengalami masalah kesuburan tidak patut memendamkan masalah itu dalam hati tetapi perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin sebelum tahap kesuburan mereka menurun.
''Wanita yang berumur di bawah 35 tahun wajar menemui doktor setelah mereka mencuba dan gagal mengandung dalam tempoh setahun. Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas pula, mereka perlu berjumpa doktor lebih awal iaitu selepas enam bulan mencuba," katanya.
Punca masalah
Walaupun ramai yang menyedari tentang masalah kesuburan dihadapi pasangan, tidak ramai pula yang betul-betul memahami punca berlakunya keadaan ini.
Sesetengahnya mungkin berpendapat persekitaran yang semakin tercemar serta proses urbanisasi menyumbang kepada masalah kesuburan lelaki atau wanita.
Curran bagaimanapun berkata, usaha perancangan keluarga untuk melengahkan kehadiran cahaya mata pertama turut menjadi penyebab utama kepada peningkatan masalah kesuburan di dunia.
''Semakin ramai wanita bekerja tidak mahu berkahwin atau melahirkan anak pada usia muda. Apabila tiba masanya mereka mahu mengandung, tahap kesuburan wanita itu telah menurun," katanya.
Tambahnya, setakat ini belum ada kajian yang membuktikan kaitan antara pencemaran alam dengan kesuburan tetapi tekanan atau stres telah dikenal pasti sebagai antara punca yang menyebabkan wanita gagal mengandung.
''Masalah berat badan juga antara salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah kesuburan. Wanita yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) yang tinggi menghadapi lebih banyak kesukaran untuk mengandung.
''Jadi sekiranya seseorang wanita mengidamkan kehadiran anak, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengurangkan berat badan," katanya.
Alternatif yang paling mudah ialah dengan pakai korset PB je..Dengan pb, secara semulajadi hormon kita akan stabil dan semakin mudahla untuk mengandung..
Memang ramai ibu2 yang dah lama kahwin tapi takde cahaya mata then try korset pb sebagai rawatan alternatif..
Selepas beberapa bulan, even ade yang after sebulan je dah pregnant..
Kenapa kita tak nak mencuba kan kalau memang betul2 nak kn sesuatu tu..
Allah pun suruh kita berikhtiar kalau nak sesuatu..
Sempena CNY, ade promotion price + hadiah misteri bagi sesiapa yang membeli set korset pb dari saya...
Promotion berakhir pada 31 Januari 2012..
Jangan lepaskan peluang ini & kontek2 saya untuk maklumat lanjut k!!!!
fb me @ Nur Hazwani Khusaini
or
email : flowerkissgurl@hotmail.com
or
skype : muchen_182
Alternatif yang paling mudah ialah dengan pakai korset PB je..Dengan pb, secara semulajadi hormon kita akan stabil dan semakin mudahla untuk mengandung..
Memang ramai ibu2 yang dah lama kahwin tapi takde cahaya mata then try korset pb sebagai rawatan alternatif..
Selepas beberapa bulan, even ade yang after sebulan je dah pregnant..
Kenapa kita tak nak mencuba kan kalau memang betul2 nak kn sesuatu tu..
Allah pun suruh kita berikhtiar kalau nak sesuatu..
Sempena CNY, ade promotion price + hadiah misteri bagi sesiapa yang membeli set korset pb dari saya...
Promotion berakhir pada 31 Januari 2012..
Jangan lepaskan peluang ini & kontek2 saya untuk maklumat lanjut k!!!!
fb me @ Nur Hazwani Khusaini
or
email : flowerkissgurl@hotmail.com
or
skype : muchen_182
No comments:
Post a Comment