Saturday, August 20, 2011

19 RamadHan

Ari ni nak tayang menu berbuka smlm..

Tadaa~~~~



nasi ayam n kek batik...


Kek batik ni kek yang paling senang kan..
Kek 1st yang saya bljr tym mula2 dtg Nihon. Takyah nak bakar2..takde oven pn bole wat.
Kek batik ni pn ade byk resepi..ade org ltk milo+koko, ade yang bubuh kacang dlm adunan dll..

Resepi saya plak macam ni...saya bljr dr mak saya tapi ade ubah sikit2 ikut selera sndr

Kek batik by wAwa

Bahan2:
200g biskut marie (dipatahkan dua)
100g butter
2 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan susu soya tanpa gula(boleh juga ganti ngan susu segar)
1 cawan koko (diayak)
1 cawan nestum
beberapa titik esen vanilla

Cara2:
1) Cairkan butter dalam kuali.
2) Dalam bekas lain, pukul telur + susu pekat + susu soya + koko + nestum+ esen vanilla.
3) Campurkan 2) dalam 1) dan kacau hingga adunan berkilat(keluar minyak).
4) Tutup api dan gaulkan biskut marie hingga sebati dan masukkan ke dalam loyang or tupperware.
5) Better lapik loyang or tupperware dengan plastik or aluminium foil supaya senang angkat keluar nanti.
6) Tekan padat2 adunan yg di masukkan ke dalam loyang or tupperware tadi supaya bila potong nanti tak berderai.
7) Biarkan sejuk sebentar dan masukkan dalam peti sejuk atleast 2 jam biarkan keras supaya senang nak potong.


*Kek batik ni jadi lembut sebab letak telur + susu soya and kurang manis sbb letak koko byk.
*Jika suka kek batik jenis keras tak payah letak telur dan kurangkan serbuk koko kepada 1/2 cawan dan tambahkan milo 1/2 cawan. klu tambah milo adunan jadi manis..bolela kurangkan susu pekat jika tak mahu manis sgt.



 



































No comments:

Post a Comment