Tuesday, August 23, 2011

23 RAmadHAn

menu berbuka arini nasi lemak + ayam goreng berempah + donut + burger malaysia!!!!
Ari ni ade tetamu tu yang masak meriah sket~~~









Adunan burger malaysia ngan donut bakar tu sama je cuma yang donut bakar tu di bakar, yang burger malaysia tu digoreng. Gambar yang last skali tu donut de ponte~~~.
guna adunan sama jugak tapi dibulat2kn kecik2 and digoreng je..
Yang speselnye resepi ni adunan nya dibuat guna microwave..so tak perlu tunggu lama utk kembang. biasa perlu tunggu 1,2 jam utk roti kembang. tapi utk adunan ni cuma perlu dalam 20~30min sahaja.
saya selalu guna adunan ini utk buat pizza,roti, donut dan pau..kire bole diaplikasikan ikut kreativiti masing2. And resepi ni saya ambil dr buku masakan yang saya beli di jepun.


Resepi roti/donut/pizza/pau


Bahan2 :
100g tepung roti
85ml susu segar atau air
2 sudu besar butter atau minyak masak atau olive oil
1 sudu kecil dry yeast
secubit garam
1 sudu besar gula

Cara2:
1) Masukkan susu dan butter dalam tupperware (bekas tahan panas) dan panaskan dalam microwave(500W or guna watt yang tinggi) selama 20~30 saat. Panaskan hingga susu jadi suam2 (36~37 darjah Celcius).

2) Keluarkan dari m/wave and kacau butter biar larut dalam susu. Tambahkan dry yeast + gula + garam. kacau lagi dan masukkan tepung. gaul hingga jadi satu ketulan. tak perlu gaul hingga sebati. kalau still ada tepung2 yang x melekat tak mengapa.


3) Panaskan dalam m/wave (170W or guna watt yang rendah) selama 30 saat. bekas tak perlu ditutup.

4) Ambil kitchen paper yang dilembabkan dan ltk di atas tupperware dan tudungkan tupperware. biarkan adunan mengembang selama 10~20 min.

5) Selepas adunan mengembang 2x ganda bolehlah dibentukkan.


6) Utk donut goreng or roti goreng: bulat2kan adunan. biarkan adunan kembang dalam 10min dan bolehla digoreng dalam api yang sederhana. lepas angkat bolehlah dihias dengan coklat dll.
 utk topping saya just panaskan coklat makan + susu dalam mwave.

7) Utk donut bakar or roti bakar or pizza: selepas ltk inti dan sbg, susun dalam pinggan mwave dan panaskan guna watt rendah selama 30saat. Then masukkan pula dalam oven (40 darjah celcius)selam 15~20 minit. Then bakar selama 15~20min dalam oven (200darjah celcius).










No comments:

Post a Comment